Polisi Refund & Cetak Semula
Ringkasan di bawah (seksyen 4, 5, 7) adalah sebahagian daripada Terma & Syarat penuh kami.
Baca Terma & Syarat penuh →4. Artwork & File — Tanggungjawab Pelanggan (SILA BACA)
Bahagian ni penting. Kualiti cetakan bergantung terus pada kualiti file yang anda hantar.
4.1 Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas file artwork yang dimuat naik — termasuk ejaan, nombor, warna, susun atur, saiz, dan kualiti/resolusi file. Kami cetak mengikut file yang anda berikan.
4.2 Resolusi file (PALING PENTING): Kami mengesyorkan resolusi minimum berikut pada saiz cetakan sebenar — sticker & cetakan kecil/berdetail: 300 DPI; banner/bunting/large format: sekurang-kurangnya 150 DPI pada saiz sebenar. Jika file yang dihantar rendah resolusi, kabur, berpiksel (pixelated), atau kualiti rendah, hasil cetakan akan turut kabur/tidak tajam. Ini bukan kecacatan cetakan — ia ikut file anda.
4.3 File low-resolution TIDAK layak cetak semula (reprint) percuma. Jika hasil cetakan tidak cantik kerana file anda rendah kualiti, sebarang cetakan semula akan dikira sebagai order baru dan dikenakan bayaran penuh semula. Kami mungkin memberi amaran jika nampak file berisiko rendah kualiti, tetapi amaran ini ihsan kami sahaja — tanggungjawab kualiti file kekal pada anda.
4.4 Pengesahan sebelum bayar: Sebelum membuat pembayaran, anda perlu menanda kotak "Saya sahkan file dan spesifikasi adalah betul". Setelah ditanda dan dibayar, anda mengesahkan file dan spec adalah betul dan bersedia untuk dicetak.
4.5 Warna: Warna pada skrin (RGB) mungkin berbeza sedikit daripada hasil cetakan sebenar (CMYK). Perbezaan warna yang munasabah disebabkan proses percetakan bukan alasan untuk reprint percuma atau refund. Untuk hasil paling tepat, hantar file dalam mod warna CMYK.
4.6 Format file diterima: PDF, AI, PNG, JPG (resolusi tinggi), SVG, PSD. Pastikan font telah di-outline dan saiz file mengikut saiz cetakan sebenar (dengan bleed jika perlu).
4.7 Kami tidak akan mengubah, membaiki, atau mereka semula artwork anda tanpa kebenaran dan caj berasingan. Jika anda perlukan khidmat reka bentuk, hubungi kami berasingan sebelum order.
5. Polisi Refund & Pembatalan
5.1 Sebaik sahaja order masuk production / telah dicetak — TIADA refund. Setiap cetakan dibuat khas (custom) mengikut spec dan file anda, jadi ia tidak boleh dijual semula.
5.2 Kesilapan dari pihak pelanggan (file salah, ejaan silap, file low-resolution, spec tersilap pilih, warna pada file sendiri) — adalah tanggungjawab pelanggan. Tiada refund, tiada reprint percuma. Sebarang cetakan semula dikira order baru.
5.3 Pembatalan sebelum production: Jika anda ingin batalkan order sebelum kerja cetakan bermula, hubungi kami secepat mungkin di 012-914 6241. Jika kerja belum bermula, refund boleh dipertimbangkan tolak sebarang caj proses pembayaran (jika ada). Sebaik kerja cetakan bermula, pembatalan tidak lagi diterima.
5.4 Kesilapan dari pihak kami: Jika cetakan tidak mengikut spec/file yang telah anda sahkan, atau terdapat kecacatan jelas akibat bahan atau mesin kami, kami akan cetak semula percuma atau pulangkan bayaran — pilihan anda. Sila laporkan dalam 3 hari dari tarikh terima barang, dengan gambar bukti, dan barang asal dikembalikan jika diminta.
5.5 Refund (jika diluluskan) diproses ke kaedah pembayaran asal dalam tempoh masa yang munasabah.
7. Cetak Semula (Reprint) — Bila Percuma, Bila Bayar
| Keadaan | Reprint percuma? |
|---|---|
| Cetakan tak ikut spec/file yang anda sahkan (silap kami) | ✅ Ya — percuma atau refund |
| Kecacatan bahan / mesin (silap kami) | ✅ Ya — percuma atau refund |
| File low-resolution / kabur / berpiksel | ❌ Tidak — order baru, bayar penuh |
| Ejaan / nombor / spec salah pada file anda | ❌ Tidak — order baru, bayar penuh |
| Perbezaan warna munasabah (RGB vs CMYK) | ❌ Tidak |
| Tukar fikiran selepas dicetak | ❌ Tidak |